Sony Xperia Z5 - Memulakan semula, menetapkan semula dan membaiki

background image

Memulakan semula, menetapkan semula dan membaiki

Anda boleh memaksa peranti anda untuk memulakan semula atau menutup jika ia

berhenti memberi respons atau tidak dapat dimulakan semula secara normal. Tiada

tetapan atau data peribadi dipadam.
Anda juga boleh menetapkan semula peranti anda ke tetapan kilang asal. Tindakan ini

kadang-kadang adalah perlu sekiranya peranti anda berhenti berfungsi dengan betul,

tetapi ambil perhatian jika anda ingin menyimpan sebarang data penting, anda hendaklah

terlebih dahulu menyandarkan data ini ke kad ingatan atau ingatan bukan dalaman lain.

150

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk maklumat lanjut, lihat

Membuat sandaran dan memulihkan kandungan

di

halaman 46.
Jika peranti anda gagal dihidupkan kuasa atau jika anda ingin menetapkan semula

perisian peranti anda, anda boleh menggunakan Xperia™ Companion bagi

membaikpulih peranti anda. Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan Xperia™

Companion, lihat

Xperia™ Companion

di halaman 44.

Jika anda berkongsi peranti dengan berbilang pengguna, anda mungkin perlu melog masuk

sebagai pemilik, iaitu pengguna utama, untuk menetapkan semula peranti anda kepada

tetapan asal kilang.

Untuk memulakan semula peranti anda

Peranti anda mungkin gagal untuk memulakan semula jika paras bateri rendah. Sambung

peranti anda ke pengecas dan cuba mulakan semula sekali lagi.

1

Tekan dan tahan kekunci kuasa .

2

Dalam menu yang terbuka, ketik

Mulakan semula. Peranti dimulakan semula

secara automatik.

Untuk memaksa peranti agar dimatikan

1

Buka penutup untuk slot kad SIM nano dan kad ingatan.

2

Menggunakan hujung mata pen atau objek yang serupa, tekan dan tahan butang

MATI selama beberapa saat.

3

Selepas peranti anda bergetar tiga kali, lepaskan butang MATI. Peranti dimatikan

secara automatik.

Jangan gunakan objek yang terlalu tajam yang boleh merosakkan butang MATI.

Untuk menjalankan penetapan semula data kilang

Untuk mengelakkan kerosakan kekal pada peranti anda, jangan ganggu prosedur penetapan

semula data kilang.

1

Sandarkan sebarang data penting yang disimpan pada memori dalaman peranti

anda ke kad memori atau kad memori bukan dalaman yang lain. Jika anda

mempunyai sebarang fail sulit yang disimpan pada kad SD, anda hendaklah juga

mengalih keluar penyulitan bagi memastikan anda masih boleh mengaksesnya

selepas tetapan semula.

2

Dari

Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Sandaran & tetapan semula > Tetapkan semula data

kilang.

4

Ketik

Tetapkan semula telefon.

5

Jika dikehendaki, lukis corak buka kunci skrin anda atau masukkan kata laluan

atau PIN buka kunci skrin anda untuk teruskan.

6

Untuk mengesahkan, ketik

Padam semua.

Peranti anda tidak akan kembali ke versi perisian Android™ yang awal apabila anda

melaksanakan penetapan semula data kilang.

Membaik pulih perisian peranti

Jika anda terlupa kata laluan, PIN atau corak buka kunci skrin anda, anda boleh

menggunakan ciri pembaikan peranti dalam Xperia™ Companion untuk memadamkan

lapisan keselamatan ini. Anda perlu menyediakan butiran log masuk akaun Google anda

151

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

untuk melaksanakan operasi ini. Dengan menjalankan ciri pembaikan, anda memasang

semula perisian untuk peranti anda dan mungkin kehilangan sebahagian data peribadi

dalam proses itu.
Jika anda tidak boleh mematikan peranti anda sebelum melaksanakan pembaikan

perisian, paksa ia tutup.

Apabila anda menerima nama pengguna atau kata laluan akaun Google™ yang baharu, anda

mungkin tidak dapat menggunakannya untuk melog masuk dan memulihkan peranti anda

selama 72 jam.

Untuk membaik pulih perisian peranti menggunakan Xperia™ Companion

Sebelum melaksanakan pembaikan perisian, pastikan anda mengetahui nama pengguna dan

kata laluan akaun Google™ anda. Bergantung pada tetapan keselamatan anda, anda mungkin

perlu memasukkannya bagi memulakan semula peranti selepas pembaikan perisian.

Jika peranti anda kelihatan kaku, memulakan semula berulang kali atau tidak memulakan

langsung selepas anda telah mengemas kini perisian Xperia™ atau selepas anda

melakukan pembaikan perisian atau tetapan semula data kilang, cuba paksa peranti

tutup, kemudian cuba hidupkannya semula. Jika masalah masih wujud, paksa peranti

tutup, kemudian lakukan pembaikan perisian dengan mengikuti langkah-langkah di

bawah:

1

Pastikan bahawa Xperia™ Companion dipasang pada PC atau Mac

®

anda.

2

Buka perisian Xperia™ Companion pada komputer dan klik pada skrin utama.

3

Ikut arahan yang dipaparkan pada skrin untuk memasang semula perisian dan

melengkapkan pembaikan.