Menggunakan peranti anda dalam keadaan basah dan berdebu
Peranti anda adalah kalis air dan dilindungi terhadap debu, jadi jangan bimbang jika anda
terperangkap dalam hujan atau ingin mencuci kotoran di bawah air, tetapi ingat: semua
port dan penutup yang dilekapkan hendaklah ditutup dengan rapat. Anda hendaklah
tidak: meletakkan peranti sepenuhnya di bawah air; atau mendedahkannya kepada air
laut, air masin, air berklorin atau cecair seperti minuman. Salah guna atau penggunaan
tidak wajar terhadap peranti akan membatalkan jaminan. Peranti mempunyai
Perlindungan Ingress penilaian IP65/68. Untuk maklumat lanjut, lihat
www.sonymobile.com/waterproof/
.
Waranti anda tidak meliputi kerosakan atau kecacatan yang berpunca daripada salah
guna terhadap peranti anda yang bertentangan dengan arahan Sony Mobile. Untuk
maklumat lanjut mengenai waranti, rujuk Maklumat penting, yang boleh diakses melalui
support.sonymobile.com
atau melalui
Tetapan > Mengenai telefon > Maklumat
undang-undang.
Peranti anda mempunyai satu port USB tanpa tutup. Port USB mestilah benar-benar
kering sebelum kabel boleh disambung untuk pengecasan atau pemindahan data,
sebagai contoh. Selepas peranti anda terkena air, lap kering menggunakan kain
mikrogentian dan goncang peranti sekurang-kurangnya 15 kali dengan port USB
menghadap ke bawah. Ulangi prosedur itu jika lembapan masih kelihatan dalam port
152
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
USB. Masukkan kabel USB ke dalam port USB hanya setelah port itu kering
sepenuhnya.
Untuk mengeringkan port USB
1
Menggunakan kain mikrogentian untuk mengelap sebarang lembapan berlebihan
dari peranti anda.
2
Pegang peranti dengan kemas dan halakan port USB ke bawah, kemudian
goncang peranti dengan kuat sekurang-kurangnya 15 kali.
3
Jika lembapan masih kelihatan dalam port USB, goncang peranti beberapa kali
lagi.
4
Gunakan kain mikrogentian untuk mengelap sebarang lembapan yang tinggal dari
port USB itu.